E-Kelas Siri 26
6 Julai 2019 | Aktiviti TerkiniPada Hari Jumaat yang lalu, Pusat Internet Kampung Telaga Air telah menjalankan aktiviti E-Kelas seperti biasa. Pada minggu ini juga Kelas Bahasa Inggeris telah berlansung seperti biasa dimana pelajar berinteraksi dengan guru E-Kelas mereka melalui video conference yang berlansung selama 30 minit untuk satu sesi. Antara tujuan e-Kelas ini adalah inisiatif pembelajaran digital selepas waktu sekolah bertujuan bagi mempertingkatkan pencapaian akademik murid terutama di kawasan luar bandar.
Selain itu memberi murid ruang untuk belajar secara kendiri dan memberi murid peluang belajar untuk berkolaborasi dengan kawan – kawan dari seluruh Malaysia. E-Kelas ini juga mengajar murid matapelajaran asas seperti Bahasa Inggeris, Matematik dan Sains secara percuma. Kelas ini telah berlansung selama 3 jam dari 3:00 petang sehingga 6:00 petang dan telah disertai oleh 8 orang pelajar yang terdiri daripada Darjah 6 sehingga Tingkatan 5.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: